Ke Senarai

Pengumuman


Pengemaskinian Rekod Khairat Bandar Enstek

Untuk makluman tuan/puan Badan Khairat dan Kebajikan Bandar Enstek telah menggunakan Sistem e-Khairat dalam pengurusan rekod keahlian, yuran, tuntutan, semakan status dan lain.

Kelebihan Sistem ini kepada peserta khairat :
1. Semak Maklumat Keahlian
2. Semak Status Yuran
3. Semak Pengumuman Kematian / Biro.

Kelebihan kepada AJK Khairat pula adalah :
1. Pengurusan Keahlian (Maklumat Ahli, Tanggungan, Status Yuran)
2. Pengurusan Hebahan Biro/ Kematian
3. Pengurusan Kewangan (Resit/Invois dll)
4. Pengurusan Laporan Perakauan Ringkas

Pelaksanaan Sistem e-Khairat ini diharap dapat memudahkan pengurusan kepada AJK dan Semakan kepada Peserta Khairat.
Peserta Khairat yang berdaftar dengan Surau Hidayah adalah termasuk dalam senarai peserta khairat bandar enstek.

Jesteru, sistem ini perlu melalui proses pengemaskinian maklumat-maklumat peserta yang tidak lengkap sebelum dapat diwarkan maklumat sistem tersebut. Aktiviti ini mengambil masa dan diharap dapat diselesaikan pada 31 Disember 2019.

Walaubagaimanapun, secara berperingkat, maklum balas URL dan Login ke Sistem akan dibuat secara individu kepada peserta yang telah memberi maklum balas melalui pautan yang disediakan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama dan bantuan tuan/puan untuk mengisi maklumat yang diperlukan dengan klik pautan berikut :
https://khairatmbe.wasap.my

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh whatapps personal kepada saya :
Mohamad Arqam Bin Mohammad
Bendahari Khairat Bandar Enstek (JK Sementara)
011-62893796
khairatmbe@gmail.com

MOHAMAD ARQAM MOHAMMAD , dikemaskini pada 24 June, 2019 07:10. Mula-mula diumumkan pada 24 June, 2019 07:10.

ekhairat - © 2012 - 2024   Diuruskan oleh Quantum Digital International Sdn Bhd